Tuesday, August 25, 2015

PERKHEMAHAN PKK


Jom sertai perkhemahan Pengakap Kanak- Kanak ( PKK ) 2015. 
Lokasi baru, pastinya penuh dengan aktiviti baru. 

Let's join us !

Saturday, August 22, 2015

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2015


Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1 akan mengadakan Pelancaran Bulan Kebangsaan pada hari Ahad ( 23 Ogos 2015 ) bertempat di Dataran Gemilang. Pastikan murid- murid semua membawa JAlur Gemilang untuk kita sama- sama memeriahkan majlis pelancaran nanti. #sehatisejiwa

Wednesday, May 13, 2015

PESKO SKDH1

Buat julung kalinya Unit Kokurikulum SKDH 1 akan menganjurkan Perkhemahan Kokurikulum di luar kawasan sekolah. Warga SKDH1 terutamanya peserta PESKO kali ini tentunya teruja untuk ke lokasi perkhemahan.


Wednesday, April 29, 2015

Api ! Api ! Api !

Latihan kebakaran dalam hujan renyai. 
Walaupun kehujanan namun program yang dijalankan pada 26 Jun 2015 ( Isnin )
berjaya mencapai objektif. 

En Saffri Yaacob, PK Pentadbiran cuba memadamkan 
api kebakaran yang berpunca daripada minyak.

Murid berkumpul di kawasan selamat setelah berjaya 
menyelamatkan diri daripada kebakaran.

Murid juga berpeluang mencuba

PERTANDINGAN SCRABBLE PERINGKAT QIT PENGKALAN CHEPA

Peserta dari SK Dato' Hashim 1 telah mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan scrabble peringkat QIT Pengkalan Chepa hari ini. Tahniah diucapkan kepada Adik Qisti Zakiran , Adik Mohd Akmal Zikri bin Zaidi dan Adik Adam Nor Wahdi.  Syabas !

Adik Qisti Zakiran ( kiri) Adik Adam Nor Wahdi dan Adik Akmal Zikri bin Zaidi





PROGRAM PLC BERSAMA SK SULTAN ISMAIL 1

Seramai 40 orang guru SK Dato' Hashim 1 telah terpilih untuk mengikuti 
Profesional Learning Community (PLC)  yang telah diadakan di SK Sultan Ismail 1  
pada 25 Jun 2015 ( Sabtu ). 
Syabas kepada semua guru  yang telah mengikuti kursus dengan jayanya.  
Semoga mencetuskan impak positif yang lebih besar dalam profesion perguruan. 





Wednesday, March 11, 2015

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Pada 09 Mac yang lalu, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengadakan pelancaran NILAM SKDH1 . Pelancaran telah dibuat oleh Tuan Guru Besar, Pn Rohani binti Rajab. 
Program ini diharapkan menjadi rangsangan dan dorongan kepada murid supaya mereka lebih cintakan ilmu dan juga meningkatkan budaya membaca di kalangan guru dan murid.

 Ceria pagi :)

 Si hulubalang membuka bungkusan hikmat untuk diserahkan kepada Tuan Guru Besar

 Hulubalang-hulubalang segak, setia bertugas di majlis pelancaran

'
Kemuncak Acara Pelancaran

 
 
Penyerahan Buku Bacaan kepada Guru Kelas

Idola Nilam Kategori Bahasa Melayu


  Idola Nilam Kategori Bahasa Inggeris

 
 
 
Memupuk Amalan Membaca. 
Istiqamahlah walau hanya 10 minit setiap hari.


Majlis Diakhiri dengan nyanyian lagu nilam oleh Pengawas PSS.

SYABAS UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN PELANCARAN INI.
MEMBACA AMALAN MULIA.
JOM! Kita Jayakan Bersama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...