Thursday, February 4, 2016

JOM SOLAT ! LILLAHI TAALA


Panitia Pendidikan Islam, Unit HEM dan juga Persatuan Pendidikan Islam SK Datu' Hashim telah bekerjasama bagi menganjurkan Kem Ibadah khusus kepada murid tahun enam. Kem akan diadakan pada 04 Februari 2016 ( Khamis ) bermula jam 6.00 petang dan berakhir pada hari Jumaat ( 05 Februari 2016 ). Semua peserta diminta hadir pada masa yang telah ditetapkan dan membawa keperluan untuk bermalam di sekolah. Guru - guru yang berminat juga boleh turut serta dalam program ini. Jom Solat ! Lillahi Ta'ala :)

Tuesday, January 12, 2016

TAHUN YANG BARU


Sesi persekolahan telah bermula sejak 03 Januari 2016. Tahun baru menampilkan saf pentadbir yang baru bagi SK Datu' Hashim. Pentadbir yang berpindah :
  • Puan Ramziah binti Muhamad Amin ( PK KO ) dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Kundur. 
  • Tn Hj Nordin Ahmad bin Ahmad dilantik sebagai Guru Besar di SK Sultan Ismail 2.
  • En. Saffri bin Yaacob berpindah ke SK Sultan Ismail 1 sebagai PKP.
Beberapa pelantikan baru juga telah diterima melibatkan guru SK Datu' Hashim. Mereka ialah :
  • En. Ismail bin Yusuf sebagai Penolong Kanan HEM di SK Datu' Hashim.
  • En. Abdul Aziz bin Mat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Datu' Hashim.
  • Tn. Hj. Abd Rahaman dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Tanjong Mas.
Sekolah juga kehilangan dua guru yang komited dan berdedikasi setelah mereka berpindah. Guru yang dimaksudkan ialah Puan Sanisah binti Muhammad Amin ( ke SK Seri Rejo Sari ) dan Puan Hamsiah binti Abidin ( ke SK Jelawat )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...