Wednesday, March 11, 2015

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Pada 09 Mac yang lalu, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengadakan pelancaran NILAM SKDH1 . Pelancaran telah dibuat oleh Tuan Guru Besar, Pn Rohani binti Rajab. 
Program ini diharapkan menjadi rangsangan dan dorongan kepada murid supaya mereka lebih cintakan ilmu dan juga meningkatkan budaya membaca di kalangan guru dan murid.

 Ceria pagi :)

 Si hulubalang membuka bungkusan hikmat untuk diserahkan kepada Tuan Guru Besar

 Hulubalang-hulubalang segak, setia bertugas di majlis pelancaran

'
Kemuncak Acara Pelancaran

 
 
Penyerahan Buku Bacaan kepada Guru Kelas

Idola Nilam Kategori Bahasa Melayu


  Idola Nilam Kategori Bahasa Inggeris

 
 
 
Memupuk Amalan Membaca. 
Istiqamahlah walau hanya 10 minit setiap hari.


Majlis Diakhiri dengan nyanyian lagu nilam oleh Pengawas PSS.

SYABAS UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN PELANCARAN INI.
MEMBACA AMALAN MULIA.
JOM! Kita Jayakan Bersama


LARIAN MINI PERINGKAT SEKOLAH

Hari ini telah berlangsungnya Larian Mini Peringkat Sekolah. 
Keadaan cuaca yang panas tidak menghalang keseronokan murid- murid dalam acara ini.
Merentasi kawasan penempatan, jalan raya dan merentasi sungai merupakan aktiviti 
yang cukup menggemberikan bagi murid dan guru. 



Majlis dimulai dengan ucapan Tuan Guru Besar, Pn Rohani binti Rajab


 Acara senamrobik diketuai oleh Pn Hamsiah Abidin


Masing- masing dah tak sabar nak mulakan larian


 Ragam murid- murid sepanjang program Larian Mini

 Dua kembar tak seiras SKDH1 :)


Tuesday, February 17, 2015

SELAMAT BERCUTI



Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, sekolah akan mula bercuti mulai 18 hingga 21 Februari 2015. Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari Ahad nanti. 
Selamat berhujung minggu diucapkan kepada semua terutamanya guru dan kakitangan SK Dato Hashim 1 serta murid- murid. Penuhi cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah .

Selamat bercuti 

Wednesday, February 4, 2015

AGIHAN KWAMP



Majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAMP ) telah diadakan semalam di SKDH1. Penyampaian dibuat oleh YBhg. Tuan Haji Ibrahim bin Omar,
Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa selaku wakil kepada YBhg Tn Hj Zaluzi bin Sulaiman yang tidak dapat hadir di atas kekangan tugas beliau.


Monday, January 19, 2015

CIKGU YASMIN NOORUL AMIN KEBANGGAAN SEMUA


      Cikgu Yasmin Noorul Amin dari SMK La Salle, Petaling Jaya
 telah dipilih untuk senarai pendek 50 finalis bagi anugerah 'Global Teacher Prize'  
bernilai US$1 million (RM3.5 million). 
    Cikgu Yasmin akan bersaing untuk  'Global Teacher Prize' anjuran Yayasan Varkey. Juara akan dinobatkan kepada individu yang berkecimpung dalam bidang pendidikan 
dan melakukan penglibatan luar biasa dalam profesion perguruan.
     Peserta akan dihakimi melalui bagaimana mereka mendekati dan kemampuan membuka minda pelajar, sejauhmana mereka melibatkan diri dalam komuniti pendidikan dan mendorong orang lain ke arah bidang perguruan. 
Permohonan dan pencalonan telah dibuka sejak Mac 2014.
   Anugerah ini merupakan komitmen jangka masa panjang dalam mempertingkatkan pencapaian guru dan dianjurkan oleh Yayasan Varkey GEMS ( VGF ), sebuah organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk meningkatkan taraf pendidikan 
untuk kanak- kanak yang kurang bernasib baik.
   Pemenang akan diumumkan dalam Global Education and Skills Forum yang akan diadakan di Dubai pada bulan Mac akan datang.
   Cikgu Yasmin memiliki ijazah dalam Industrial Chemistry dan pernah bekerja sebagai jurutera sebelum memutuskan untuk menjadi guru Kimia.
“Pelajar saya memberikan inspirasi kepada saya untuk menjadi yang terhebat, sehebat boleh yang saya mampu capai"
     Sunny Varkey, Pengasas Yayasan Varkey GEMS menyebut : 
" Ribuan permohonan yang kami terima dari seluruh dunia mengandungi testimoni terhadap pencapaian luar biasa guru dan juga impak besar yang mereka bawakan dalam hidup kita"
   “Kami memperkenalkan anugerah ini pada tahun ini untuk mengembalikan kedudukan sebenar guru sebagai profesion yang paling dihormati dalam masyarakat."
   Sepuluh calon finalis akan diumumkan pada Februari 2015 dan pemenang akan dipilih dari kalangan 10 orang finalis tersebut oleh Akademi Hadiah Guru Global 
(Global Teacher Prize Academy.)
   Pemenang akan dihadiahkan wang tunai dalam bentuk ansur-ansur dengan jumlah yang sama  (equal installments) dalam tempoh 10 tahun dan Yayasan Varkey GEMS akan menyediakan kaunseling kewangan kepada peserta.
   Syarat untuk memenangi anugerah ini juga menghendaki pemenang kekal sebagai guru yang berkhidmat dalam kelas bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun selepas penganugerahan.

 Semoga kegigihan dan kesungguhan Cikgu Yasmin menjadi ikutan dan teladan bagi semua guru. Maklumat lanjut boleh didapati di website VGF. Sila klik di sini untuk senarai penuh 50 finalis Global Teacher Prize.


Wednesday, January 14, 2015

AGIHAN WANG BANTUAN PELAJAR RM100.00.

bantuan sekolah rm100 tahun 2015
Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015 akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai 14 atau 15 Januari 2015 secara berperingkat-peringkat


Bagi semua murid SKDH1, penyampaian Wang Bantuan Pelajar RM100.00 akan diadakan pada  
15 Januari 2015 ( Khamis ) 
di SK Dato' Hashim 1. Penyampaian akan dibuat secara berperingkat. Makluman kepada ibu bapa telah disampaikan melalui murid. Para ibubapa diminta hadir mengikut masa yang 
telah ditetapkan seperti berikut : 
                           Murid Tahun 5 dan 6 : 7. 45 pagi hingga 8.45 pagi                                             
Murid Tahun 1 hingga 4 : 12:30 tengahari hingga 1:30 petang

Wednesday, January 7, 2015

ARE YOU READY EVERYONE ?


Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. 
Diharapkan para murid dan juga guru-guru telah membuat persiapan 
sebaik mungkin untuk memulakan sesi baru dengan penuh semangat.
Hanya beberapa hari sahaja lagi. 
See you soon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...