Peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 9 hingga 11 September 2015. Kami guru-guru dan semua warga SKDH1 mendoakan calon- calon agar dapat menjawab dengan baik, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.
Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1 akan mengadakan Pelancaran Bulan Kebangsaan pada hari Ahad ( 23 Ogos 2015 ) bertempat di Dataran Gemilang. Pastikan murid- murid semua membawa JAlur Gemilang untuk kita sama- sama memeriahkan majlis pelancaran nanti. #sehatisejiwa
Buat julung kalinya Unit Kokurikulum SKDH 1 akan menganjurkan Perkhemahan Kokurikulum di luar kawasan sekolah. Warga SKDH1 terutamanya peserta PESKO kali ini tentunya teruja untuk ke lokasi perkhemahan.
Peserta dari SK Dato' Hashim 1 telah mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan scrabble peringkat QIT Pengkalan Chepa hari ini. Tahniah diucapkan kepada Adik Qisti Zakiran , Adik Mohd Akmal Zikri bin Zaidi dan Adik Adam Nor Wahdi. Syabas !
Adik Qisti Zakiran ( kiri) Adik Adam Nor Wahdi dan Adik Akmal Zikri bin Zaidi