Thursday, February 4, 2016

JOM SOLAT ! LILLAHI TAALA


Panitia Pendidikan Islam, Unit HEM dan juga Persatuan Pendidikan Islam SK Datu' Hashim telah bekerjasama bagi menganjurkan Kem Ibadah khusus kepada murid tahun enam. Kem akan diadakan pada 04 Februari 2016 ( Khamis ) bermula jam 6.00 petang dan berakhir pada hari Jumaat ( 05 Februari 2016 ). Semua peserta diminta hadir pada masa yang telah ditetapkan dan membawa keperluan untuk bermalam di sekolah. Guru - guru yang berminat juga boleh turut serta dalam program ini. Jom Solat ! Lillahi Ta'ala :)

Tuesday, January 12, 2016

TAHUN YANG BARU


Sesi persekolahan telah bermula sejak 03 Januari 2016. Tahun baru menampilkan saf pentadbir yang baru bagi SK Datu' Hashim. Pentadbir yang berpindah :
  • Puan Ramziah binti Muhamad Amin ( PK KO ) dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Kundur. 
  • Tn Hj Nordin Ahmad bin Ahmad dilantik sebagai Guru Besar di SK Sultan Ismail 2.
  • En. Saffri bin Yaacob berpindah ke SK Sultan Ismail 1 sebagai PKP.
Beberapa pelantikan baru juga telah diterima melibatkan guru SK Datu' Hashim. Mereka ialah :
  • En. Ismail bin Yusuf sebagai Penolong Kanan HEM di SK Datu' Hashim.
  • En. Abdul Aziz bin Mat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Datu' Hashim.
  • Tn. Hj. Abd Rahaman dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Tanjong Mas.
Sekolah juga kehilangan dua guru yang komited dan berdedikasi setelah mereka berpindah. Guru yang dimaksudkan ialah Puan Sanisah binti Muhammad Amin ( ke SK Seri Rejo Sari ) dan Puan Hamsiah binti Abidin ( ke SK Jelawat )

Monday, September 7, 2015

DEBARAN UPSR

Peperiksaan UPSR akan dijalankan  pada 9 hingga 11 September  2015. Kami guru-guru dan semua  warga SKDH1 mendoakan calon- calon agar dapat menjawab dengan baik, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti. 

Yakin Boleh ! 



Tuesday, August 25, 2015

PERKHEMAHAN PKK


Jom sertai perkhemahan Pengakap Kanak- Kanak ( PKK ) 2015. 
Lokasi baru, pastinya penuh dengan aktiviti baru. 

Let's join us !

Saturday, August 22, 2015

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2015


Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1 akan mengadakan Pelancaran Bulan Kebangsaan pada hari Ahad ( 23 Ogos 2015 ) bertempat di Dataran Gemilang. Pastikan murid- murid semua membawa JAlur Gemilang untuk kita sama- sama memeriahkan majlis pelancaran nanti. #sehatisejiwa

Wednesday, May 13, 2015

PESKO SKDH1

Buat julung kalinya Unit Kokurikulum SKDH 1 akan menganjurkan Perkhemahan Kokurikulum di luar kawasan sekolah. Warga SKDH1 terutamanya peserta PESKO kali ini tentunya teruja untuk ke lokasi perkhemahan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...